My Add

Friday 13 July 2012

Perkasa sambut baik pemansuhan Akta Hasutan 1948

KOTA BHARU, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bagaimanapun mencadangkan supaya pihak kerajaan tidak tergopoh-gapah dalam memperkenalkan akta baru itu.

Sebaliknya, tegas beliau, memperhalusinya secara menyeluruh bagi menjamin keamanan dan kemajuan negara tidak diganggu-gugat pada masa hadapan.

Beliau berkata, tindakan memperincikan akta tersebut dengan lebih jelas serta tepat perlu mengambil kira latar belakang Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan berpandukan kepada asas Perlembagaan terutama Perkara 153.

Selain itu katanya, Akta Keharmonian Nasional ini juga tidak boleh lari daripada prinsip dan semangat Akta Hasutan 1948 dan kalau ada pun perubahan yang hendak dilakukan ialah mengenai perkara-perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan dan ketegangan antara kaum bagi menjamin keamanan serta kestabilan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment