My Add

Monday 9 July 2012

Bot karam: 7 sekawan nyaris maut


*BOT nelayan yang membawa tujuh pemancing hampir karam selepas dipukul ombak di muara Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi, kelmarin.

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, AHAD, 08 Julai, 2012: Kegembiraan tujuh sekawan menyertai aktiviti memancing bertukar menjadi saat-saat mencemaskan apabila bot yang mereka naiki bersama seorang tekong dan awak-awak hampir karam di muara Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi semalam.

Kejadian pukul 6.30 pagi itu berlaku apabila bot itu dipukul ombak besar ketika cuba berpatah balik ke jeti nelayan Tanjung Sedili berikutan keadaan laut yang bergelora.

Salah seorang mangsa, Mohd. Hafiz Hashim, 30, memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mampu melihat air laut yang banyak masuk ke dalam bot dinaikinya.

"Dalam keadaan panik, saya segera menghubungi talian 999 sebelum mereka memaklumkan kejadian itu kepada Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru. Ketika menanti bot penyelamat sampai, kami semua hanya bertawakal sahaja kerana bot tersebut hampir karam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment