My Add

Wednesday 11 July 2012

Pendekar jadi sukarelawan bantu polis banteras jenayah

*RAIS Yatim (kiri) bermesra dengan pengamal seni mempertahankan diri Silambam pada majlis perasmian Pejabat Majlis Pendekar Malaysia peringkat Melaka, Melaka Raya, semalam. Turut kelihatan, Presiden Majlis Pendekar Malaysia, Omardin Mauju (berkerusi roda). - BERNAMA

MELAKA, SELASA,10 Julai, 2012: Golongan pendekar daripada pelbagai pertubuhan seni mempertahankan diri di seluruh negara diseru menjadi sukarelawan bagi membantu polis membanteras jenayah jalanan terutamanya ragut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan itu harus melihat bagaimana mereka dapat memainkan peranan untuk menjaga keamanan dengan menggunakan kepakaran seni bela diri yang dimiliki.

Menurut beliau, walaupun negara telah mempunyai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk membantu polis dan tentera menjaga keamanan negara, tugas tersebut tidak boleh diserahkan kepada sukarelawan itu semata-mata. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment