My Add

Sunday 22 July 2012

Penglibatan ekstremisme dalam politik serius, bahaya

KUALA LUMPUR, SABTU, 21 Julai, 2012: Kerajaan digesa bertindak segera terhadap dakwaan wujudnya anasir ekstremisme atau pengganas yang cuba menyerap masuk ke dalam parti-parti politik di negara ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu perlu memandangkan penglibatan golongan berkenaan dalam politik mampu memberi kesen terhadap keselamatan negara.

"Tidak kira sama ada parti pembangkang mahupun parti kerajaan, penglibatan puak-puak pelampau ini harus ditangani dan disekat segera kerana ia mampu mendatangkan ancaman kepada negara dan amat berbahaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi ke dalam parti pembangkang serta cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment