My Add

Thursday 26 July 2012

20 barangan kawal harga sempena Aidilfitri dikenal pasti

PUTRAJAYA, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Sebanyak 20 jenis barang borong dan runcit telah dikenal pasti untuk disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya juga telah menetapkan paras siling bagi harga setiap barang borong dan runcit di bawah skim tersebut.

"Semua sudah dikenal pasti dan harganya pun sudah ditetapkan, kita akan bawa ke Kabinet minggu depan untuk kelulusan sebelum dilaksanakan.

"Saya jangka pengumuman skim itu akan dibuat sama ada 1 atau 2 Ogos depan kerana kita kena maklumkan kepada para peniaga tentang skim tersebut terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment