My Add

Thursday 26 July 2012

Perbaiki persepsi keselamatan

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Inisiatif baru menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan usaha mengurangkan kadar jenayah harus dilaksanakan segera bagi mengubah persepsi masyarakat negara ini berhubung tahap keselamatan mereka.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, walaupun statistik terbaru menunjukkan pengurangan kadar jenayah tetapi masyarakat masih mempunyai persepsi bahawa mereka tidak selamat dan perkara ini harus diperbetulkan.

''Pengenalan sistem semakan dalam talian, MyDistress yang diperkenalkan tahun lepas dilihat sebagai langkah baik untuk memperbaiki persepsi masyarakat terhadap pihak polis dan keselamatan mereka," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan inisiatif baru Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berhubung usaha pengurangan kadar jenayah, memerangi rasuah dan meningkatkan taraf ekonomi luar bandar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment