My Add

Saturday 7 July 2012

Presiden Republik Czech lawat Kg Tradisional Bidayuh

PADAWAN (SARAWAK), SABTU, 07 Julai, 2012:: Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus dan isteri, Livia Klausova beserta rombongan meluangkan masa hampir dua jam melawat tempat menarik sekitar Puncak Borneo di sini, hari ini. 

Rombongan yang diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas melawat Taman Negara Semenggoh untuk melihat Orang Utan selepas mendengar taklimat daripada pegawai Jabatan Perhutanan Sarawak.

Kemudian rombongan dibawa melawat ke Kampung Annah Rais iaitu perkampungan rumah panjang kaum Bidayuh sebelum berpeluang bersama-sama penduduk tempatan menikmati makan tengah hari di situ. 

Selepas lawatan tersebut rombongan akan kembali semula ke Kuching untuk mendengar taklimat berhubung projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di Wisma Bapa Malaysia dan pada sebelah malam akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya. 

Presiden Czech yang dalam rangka lawatan lima hari ke Malaysia akan berangkat meneruskan lawatan ke Indonesia esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment