My Add

Friday 6 July 2012

300 pendakwah di perkampungan Orang Asli Ramadan ini

PUTRAJAYA, KHAMIS, 5 Julai, 2012: Seramai 300 pendakwah sukarela akan ditempatkan di perkampungan orang Asli di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini untuk mereka merasai sendiri pengalaman berpuasa dan beribadat bersama di samping memberi bimbingan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masyarakat orang Asli dipilih kerana mereka dilihat sebagai antara kelompok anggota masyarakat yang sedikit terpinggir dalam mendapat perhatian, berbanding penghuni rumah anak-anak yatim dan rumah warga tua. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment