Oleh Ainul Asniera Ahsan
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) sudah bersedia untuk mengubah model perniagaanya kepada lebih komersial dengan syarat Bank Negara Malaysia (BNM) lebih bersedia memberi kelonggaran terhadap beberapa prosedur.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perubahan model perniagaan Bank Rakyat memang suatu keperluan oleh bank koperasi itu bagi memastikan kelangsungan operasinya jangka panjang.
Bagaimanapun, katanya, perubahan itu sukar dilaksanakan memandangkan usahanya untuk mempelbagai produk dan peluasan operasi masih lagi dikekang oleh Bank Pusat.
"Bank Rakyat perlu pelbagaikan aktiviti tidak lagi boleh bergantung kepada perbankan runcit dan sebab itu Bank Rakyat mahu meningkatkan segmen perniagaan korporatnya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment