My Add

Saturday, 14 July 2012

Terokai bidang niaga baru

Oleh SOFIAN BAHAROM 
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Pengusaha industri makanan dan minuman perlu lebih kreatif dan proaktif bagi meneroka bidang baru dalam industri tersebut sebagai persediaan menempuhi krisis makanan global pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Marditech Corporation Sdn. Bhd., Anas Ahmad Nasarudin berkata, terdapat pelbagai sektor industri tersebut yang boleh diterokai termasuk mengusahakan tanah terbiar untuk penternakan dan tanaman padi.

"Stok segar keluaran dalam negeri kita rendah, pengeluaran susu hasil petani tempatan cuma lima peratus dan kambing hanya lapan peratus setahun.

"Inilah peluang untuk kita manfaatkan. Sekiranya perlu, pengusaha boleh merujuk kepada kementerian dan agensi-agensi terlibat bagi mendapat penerangan sebaiknya," katanya pada Majlis Penutup Persidangan Perniagaan Agro-Bio 2012 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment