My Add

Friday 20 July 2012

Setem gambar sendiri tarik minat generasi muda

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Pos Malaysia Berhad memperkenalkan SetemKu yang menggunakan gambar pemilik sebagai gambar setem bagi menarik minat generasi muda kembali membudayakan amalan mengumpul setem. 

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata pihaknya percaya konsep seumpama itu mampu menarik semula minat golongan muda dalam mengumpul setem.

Beliau berkata, kurangnya pembabitan generasi muda dalam pengumpulan setem adalah disebabkan kurang pendedahan mengenai perkara itu. 
Pengumpulan setem ini turut memberi pulangan yang tinggi terutama bagi setem yang bernilai, katanya. 

Beliau berkata, Pos Malaysia turut bekerjasama dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara bagi mewujudkan album setem bersiri mengikut filem. 

Sementara itu, Pos Malaysia mengumumkan 30 sekolah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah layak ke peringkat separuh akhir pertandingan Anugerah Kelab Setem Cemerlang 2012. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment