My Add

Monday 16 July 2012

Siasatan GLC kerugian RM100j selesai

Oleh WAN NORHAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan berhubung kes syarikat milik kerajaan (GLC) yang dilaporkan mengalami kerugian lebih RM100 juta dipercayai akibat penyelewengan dan rasuah oleh pegawai kanannya telah selesai.

Menurut sumber, pihaknya juga dijangka membuat tangkapan dan pendakwaan terhadap individu terlibat dalam masa terdekat.

Beberapa individu lain termasuk kakitangan syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri bagi menguruskan projek berkenaan juga akan ditahan dan didakwa.

Sementara itu, Pengerusi Sime Darby Berhad (Sime Darby), Tun Musa Hitam menafikan konglomerat tersebut merupakan GLC yang dilaporkan mengalami kerugian lebih RM100 juta dipercayai akibat penyelewengan dan rasuah oleh pegawai kanannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment