My Add

Monday 16 July 2012

Sikap Azmin Ali dipersoal

Oleh AZHARI ZAINOODDIN 
KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang enggan membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau April lalu, terus dipersoalkan oleh beberapa bekas pemimpin parti itu.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, beliau tidak faham mengapa Azmin tidak mahu membuat laporan polis sedangkan dia boleh berbuat demikian dalam masa tidak sampai lima minit bagi membolehkan pihak polis membuka kertas siasatan dan menyiasat kes tersebut.

Katanya, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Azmin perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara itu kepada rakyat terutamanya pengundi di kawasan Gombak.

"Rakyat terutamanya pengundi di kawasan Gombak berhak untuk mengetahui perkara itu dan sekiranya tidak bersalah, mengapa tidak memberi ruang kepada polis untuk menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, " ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment