My Add

Wednesday 11 July 2012

Tadahan air, aliran sungai terancam

KOTA BHARU, SELASA, 10 Julai, 2012: Tanpa penguatkuasaan yang tegas, aktiviti perlombongan emas secara haram yang berleluasa di beberapa kawasan di negeri ini akan menyebabkan kemusnahan sungai-sungai dan mengundang ancaman serius kepada alam semulajadi.

Selain memusnahkan hutan, operasi lombong yang tidak terkawal boleh menyebabkan kawasan tadahan hujan dan sumber bekalan air tercemar, malah sudah ada sebahagian daripada aliran sungai terhenti akibat tertimbus.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa lokasi yang menjadi sarang aktiviti perlombongan emas secara haram di negeri ini mendapati keadaan beberapa batang sungai musnah dikerjakan oleh mesin lombong.

Kemusnahan sungai di bahagian hulu itu juga boleh dilihat dengan jelas berdasarkan perubahan warna air serta bentuk muka bumi yang sudah bertukar menjadi seperti tapak pembinaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment