My Add

Thursday 19 July 2012

Tegur, bukan bela pemimpin ada masalah moral

KUALA LUMPUR, RABU, 18 Julai, 2012: Umat Islam terutama ulama perlu memainkan peranan menegur pemimpin yang mempunyai masalah moral dan bukannya membela serta menggalakkan mereka terus melakukan kemungkaran.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menegaskan, adalah penting bagi penganut agama itu memastikan pemimpin sedemikian tidak berterusan memberi kesan negatif kepada kedaulatan Islam dan kepentingan negara.

Ujarnya, di bahu setiap penganut agama Islam terletak tanggungjawab untuk tidak menyokong secara melulu pemimpin-pemimpin tidak bermoral sebaliknya mengambil pengajaran daripada tindakan golongan itu.

“Urusan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman adalah wajib dalam Islam namun kita perlu berwaspada dengan kewujudan pihak yang bermatlamat mengganggu-gugat keamanan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment