My Add

Thursday 19 July 2012

Kerajaan Kedah didakwa bohong

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR, RABU, 18 Julai, 2012: Kerajaan Pas Kedah didakwa berbohong apabila menyatakan tidak menerima permohonan untuk kelulusan tanah oleh tiga sekolah persendirian di negeri ini.

Ketua Pasukan Khas Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Hiong mendakwa, sebanyak tiga pucuk surat permohonan telah dikemukakan oleh Persatuan Lembaga-lembaga Pengurus Sekolah Cina Kedah dengan surat pertama pada November 2008 diserahkan sendiri ke tangan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Surat permohonan kedua telah dikemukakan pada Jun 2010 dan yang terakhir, 3 Mei tahun lalu.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik daripada DAP yang merupakan sekutu kerajaan pakatan pembangkang Kedah dalam sebuah akhbar berbahasa Cina sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri berjanji untuk memperuntukkan sebidang tanah bagi membantu sekolah-sekolah persendirian Cina di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment