My Add

Thursday 12 July 2012

Tidak sangka Kelantan ada emas

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KOTA BHARU, RABU, 11 Julai, 2012: Rakyat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini terkejut dan tidak menyangka Kelantan yang dianggap negeri termiskin selama ini, sebenarnya mempunyai simpanan khazanah emas yang banyak.

Menurut mereka, kegiatan haram itu seperti mana didedahkan oleh Utusan Malaysiahari ini adalah sesuatu yang mengecewakan.

Justeru, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menangani masalah berkenaan.

Presiden Angkatan Generasi Melayu Muda (Agenda), Mohamad Zaidan Abdul Rahimberkata, selain bertindak tegas menangani aktiviti perlombongan emas haram itu kerajaan negeri juga harus mendedahkan kepada rakyat kewujudan sebenar emas di negeri ini.

"Saya pun tidak tahu selama ini Kelantan mempunyai emas, pembongkaran mengenai aktiviti perlombongan ini membuatkan saya kini tahu bahawa Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan hasil emas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment