My Add

Saturday, 14 July 2012

Tiga rakan didakwa rogol, liwat gadis

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Tiga sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun di sebuah asrama dekat Masai, di sini bulan lalu.

Norizam Bahri, 22, didakwa atas enam pertuduhan, Mohammad Fauzi Rahmad, 20, empat pertuduhan dan Abdul Halim Rahamat, 20, dua pertuduhan.

Ketiga-tiganya yang bekerja sebagai pembantu kedai dituduh merogol dan meliwat remaja tersebut di asrama pekerja Armour Security, Nombor 59A, Jalan Sena 9, Taman Rinting, Masai antara pukul 2 petang, 29 Jun lalu dan pukul 2 petang keesokan harinya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan serta Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment