My Add

Friday 27 July 2012

Keliru dengan pemulangan BISP

JERANTUT, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Kementerian Pelajaran diminta memperbetulkan maklumat dan arahan mengenai pemulangan balik Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) Sains dan Matematik kerana berlaku kekeliruan di kalangan pentadbir sekolah.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohd. Sabri Arshad berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada guru sekolah rendah di sini kerana terdapat pentadbir mahupun guru yang mengajar dua mata pelajaran berkenaan memulangkan semula wang BISP yang diperoleh sejak awal tahun ini.

“Terdapat kekeliruan di sini terdapat arahan bahawa pemulangan duit tersebut perlu dilakukan pada Januari dan Mei lalu. Saya hairan mana satu yang betul.

“Ada juga sekolah yang tidak mengarahkan guru membayar semula kerana dikatakan tidak menerima apa-apa arahan atau pekeliling daripada kementerian," katanya semalam. - UTUSAN

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam..
    Minta sangat pihak kementerian memberi penjelasan hitam putih dalam isu ini, supaya tiada lagi berlainan versi di setiap daerah.

    Terima kasih

    ReplyDelete