My Add

Friday 7 September 2012

15,318 Kad Diskaun 1M diserahka kepada UKM

BANGI, JUMAAT, 07 September, 2012: Sejumlah 15,318 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini, membolehkan pemilik kad menikmati diskaun satu hingga 60 peratus untuk barangan terpilih.

Majlis penyerahan kad itu disempurnakan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

KADS1M diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Julai lepas.

Objektifnya untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara, idea itu hasil cadangan yang dibentangkan oleh siswa pada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan pada 21 Nov tahun lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment