My Add

Monday 24 September 2012

2 lelaki yang ambil kesempatan larikan muatan lori nahas, ditahan

SHAH ALAM, ISNIN, 24 September, 2012: Dua lelaki yang terbabit mengambil kesempatan melarikan barang muatan sebuah lori yang mengalami kemalangan di Km412 arah utara berhampiran Ulu Bernam, dekat sini, awal pagi Sabtu lepas, berjaya ditahan polis kira-kira 18 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berumur 31 dan 26 tahun ditahan di rumah berasingan di sekitar Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang pada hari yang sama.

Beliau berkata, kejadian kecurian itu berlaku semasa pemandu lori berumur 46 tahun yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Hospital Kuala Kubu Baharu oleh orang awam yang juga saksi kemalangan yang berlaku kira-kira 2.15 pagi itu.

Katanya, akibat kemalangan itu, lori lima tan yang membawa muatan pelbagai barangan termasuk komputer riba, makanan, barangan kosmetik dan beberapa alat ganti kenderaan kesemuanya bernilai kira-kira RM800,000 turut mengalami kerosakan teruk.

"Akibat kerosakan pada lori berkenaan, orang awam yang melalui laluan lebuh raya itu, berhenti di tepi lebuh raya dan bertindak mencuri dan melarikan barangan muatan dari dalam lori yang bernilai hampir RM800,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment