My Add

Monday 24 September 2012

98 mesin judi dirampas, 21 lelaki ditahan
TEMERLOH, ISNIN, 24 September, 2012L Polis Temerloh merampas 98 buah mesin judi berkomputer dalam serbuan ke atas lapan buah premis di sekitar bandar Mentakab, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt. Zundin Mahmood berkata, dalam serbuan itu, polis menahan 21 lelaki berumur di antara 18 hingga 66 tahun termasuk lapan daripadanya adalah penjaga premis tersebut.

Menurutnya, polis turut merampas 98 unit komputer yang kesemuanya bernilai RM30,000 daripada premis-premis berkenaan.

Beliau berkata, premis-premis itu berselindung di sebalik nama kafe siber yang turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu khas bagi melarikan diri daripada pihak berkuasa.

"Premis-premis yang baharu dibuka seminggu itu masih belum sempat mengaut keuntungan dan ia merupakan kejayaan polis Temerloh dalam usaha membanteras kegiatan judi komputer di daerah ini, tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment