My Add

Thursday 6 September 2012

20,000 rakyat hadiri jamuan Aidilfitri bersama PM

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
BESUT, KHAMIS, 06 September, 012: Kira-kira 20,000 orang membanjiri padang bola Kampung Tempinis, Kampung Tasik Tok Lebai dekat sini menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 11.30 pagi sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan duit raya kepada anak yatim, orang kurang upaya, warga emas serta ibu tunggal.

Ini merupakan kunjungan pertama Najib ke kawasan itu dan beliau kemudian ke Kelantan bagi menghadiri program lain di negeri itu sebelum pulang ke Kuala Lumpur petang ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment