My Add

Friday 28 September 2012

30 dikhuatiri maut feri berlanggar di Indonesia

JAKARTA, JUMAAT, 28 September, 2012: Kira-kira 30 penumpang masih hilang dan dikhuatiri maut selepas feri yang membawa lebih 200 penumpang berlanggar dengan kapal kargo, awal minggu ini.

Lapan orang disahkam maut manakala 207 yang lain diselamatkan selepas KM Bahuga Jaya yang sedang belayar dari Pelabuhan Merak di barat Jawa ke Sumatera. bertembung, pagi Rabu lalu.
 
Jumlah mereka di dalam feri berkenaan masih tidak jelas tetapi ketika nahas kapal kargo berkenaan sarat dengan muatan kenderaan termasuk trak, kereta dan motosikal.

“Berdasarkan jumlah daripada keluarga mangsa, kira-kira 30 orang masih hilang," kata ketua Pasukan Penyelamat Wilayah Lampung, Saidar Rahman Jaya. - AFP

No comments:

Post a Comment