My Add

Tuesday 4 September 2012

31 termasuk 2 majikan ditahan Operasi 6P

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Seramai 31 individu termasuk dua majikan warga tempatan yang menggaji warga asing ditahan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) di pekan Sungai Besi di sini hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 25 lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh serta tiga lelaki warga India.

Kesemuanya ditahan atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri selain menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan tamat tempoh untuk bekerja di negara ini.

Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Arshad Barkatullah berkata, operasi yang bermula pukul 1.30 petang itu berikutan aduan orang awam berhubung lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan itu yang rata-ratanya bekerja sebagai tukang jahit di beberapa premis menjahit pakaian uniform. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment