My Add

Tuesday 4 September 2012

Soal balas Roslin Hashim selesai


KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Soal balas terhadap bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim dalam kes tuntutan ganti rugi perkahwinan ke atas bekas isterinya, Faizah Mohamad di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, selesai hari ini.

Peguam syarie yang mewakili Faizah, Mohammad Amir Nazli Hussin berkata, Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan memerintahkan agar pemeriksaan semula terhadap Roslin dan dokumen berkaitan pendakwaan dikemukakan ketika kes itu disambung bicara esok.

Bercakap kepada pemberita selepas perbicaraan secara tertutup itu, Mohammad Amir berkata, Faizah tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana mengalami masalah kesihatan.

Roslin hadir. diwakili peguam syarie, Suraya Wahida Umar berikutan peguam utamanya, Roslizam Rahim tidak hadir kerana masalah kesihatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment