My Add

Thursday 27 September 2012

4 lelaki ditahan bersama dadah RM300,000

KUALA LUMPUR, RABU, 27 September, 2012:  Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 dan menahan tiga lelaki tempatan serta seorang rakyat Nigeria dalam serbuan berasingan di sekitar ibu negara sejak tiga hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Wan Abdullah Ishak berkata, warga Nigeria berusia 47 tahun itu yang dipercayai terlibat dalam penipuan ‘Black Money’ ditahan lewat malam tadi bersama ganja seberat 21 gram di sebuah hotel mewah di Jalan Pudu di sini.

Beliau berkata, lelaki yang dikesan memiliki tiga pasport negara berlainan itu juga dipercayai terlibat dalam pengedaran wang palsu dan menggunakan pasport itu untuk bertukar lokasi kegiatan.

"Turut ditemui dalam bilik hotel itu ialah beberapa mata wang asing palsu bernilai lebih RM150,000 serta wang tulen dalam bentuk Pound dan Yen bernilai RM44,607," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment