My Add

Thursday 27 September 2012

Peniaga alat keselamatan rentung dalam kemalangan

MELAKA, KHAMIS, 27 September, 2012: Seorang peniaga peralatan sistem kawalan keselamatan rentung dalam kebakaran selepas kereta yang dipandunya melanggar pokok di hadapan stesen Petronas Cheng Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, mangsa Chan Yan Seng, 32, dari Taman Melaka Perdana Alor Gajah di sini maut di tempat kejadian setelah badannya terbakar 100 peratus dalam kemalangan jam 4.30 pagi.

"Kereta mangsa yang datang dari arah lampu isyarat Cheng Perdana menghala ke lampu isyarat Bertam Ulu Lebuh AMJ dipercayai terbabas apabila tiba di lokasi kejadian sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, pelanggaran tersebut menyebabkan kenderaan mangsa terbakar.

"Siasatan awal mempercayai kebakaran berpunca dari percikan api akibat pelanggaran kereta tersebut dengan pokok. Mangsa juga dipercayai tersepit di tempat duduk akibat bahagian hadapan kereta tersebut remuk teruk," katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment