My Add

Monday 17 September 2012

Acara istimewa negara - PM

 *NAJIB Tun Razak menandatangani Buku Malaysia sambil disaksikan oleh Muhyiddin Yassin, Abdul Taib Mahmud dan Rais Yatim pada sambutan Hari Malaysia Ke-49, di Bintulu, Sarawak, malam tadi. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan ZAAIN ZIN
KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sambutan Hari Malaysia Ke-49 tahun ini merupakan satu acara yang istimewa buat negara.

Perdana Menteri berkata, ini kerana buat pertama kali, Hari Malaysia diraikan secara besar-besaran di Sarawak.

"Marilah kita sama-sama 1Malaysia melaungkan perasaan bangga dan cinta kepada tanah air kita yang begitu sejahtera dan aman.

"Dirgahayu Malaysia, Selamat Hari Malaysia dan Salam 1Malaysia!," katanya dalam blog 1Malaysia bertajuk Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012, hari ini.

Hari Malaysia merupakan peristiwa pembentukan negara merangkumi Malaya (Semenanjung, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

Bagaimanapun Singapura telah menarik diri dan keluar dari Malaysia untuk membentuk sebuah republik pada Ogos 1965.

Tarikh 16 September telah diisytiharkan sebagai cuti umum bagi semua negeri mulai 2010. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment