My Add

Wednesday 26 September 2012

Akta Makanan Haiwan dilaksana Mac 2013

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Pengeluar serta pengusaha makanan haiwan yang gagal menjaga kualiti produk bahan mengikut piawaian boleh dikenakan tindakan selepas Akta Makanan Haiwan 2009 dilaksanakan pada Mac depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, akta tersebut bagaimanapun telah dikuatkuasakan pada 2010 tetapi ia hanya akan digunapakai awal tahun depan kerana kerajaan melihat mereka yang terlibat dalam sektor tersebut belum memahami undang-undang di bawah akta sepenuhnya.

Sehubungan itu katanya, sehingga kini banyak insiden hasilan (produk) haiwan seperti ayam dan babi di pasaran telah tercemar dengan ubat-ubatan terlarang seperti Beta agonist, Nitrofurans dan Chloramphenicol.

''Kecuaian pihak pengeluar menjaga kualiti makanan haiwan itu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia setelah makan haiwan tertentu seperti penyakit jantung, barah dan rintangan terhadap rawatan antibiotik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment