My Add

Saturday 1 September 2012

Amalan sambutan ambang merdeka dipatuhi: MB Selangor

SHAH ALAM, SBTU, 01 September, 2012:Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah mematuhi segala amalan dan prosedur dalam menganjurkan sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini, Khamis lepas.

Abdul Khalid berkata, ini kerana pejabat SUK mempunyai pengalaman luas dalam mengadakan program seumpama itu pada tahun-tahun sebelum ini dan beliau “tidak berasa sangsi dengan keupayaan pejabat SUK menganjurkan sambutan itu dengan betul dan tertib".

"Sambutan ini bukanlah daripada penglibatan parti politik semata-mata tetapi ia dilaksanakan pegawai kerajaan menerusi pejabat SUK untuk beberapa tahun sebelum ini termasuk pentadbiran terdahulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sebuah pameran kartun di Galeri Shah Alam di sini.

Abdul Khalid mengulas laporan akhbar bahawa kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak menjemput baginda ke majlis sambutan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, satu jawatankuasa khas dianggotai wakil pejabat SUK dan Menteri Besar ditubuhkan setiap kali menjelang sambutan ambang kemerdekaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment