My Add

Saturday, 1 September 2012

Polis lakukan siasatan dengan adil

KOTA BHARU, SABTU, 01 September, 2012: Pihak polis akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus mengenai tindakan melampau peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka di ibu negara yang bertindak kurang ajar apabila mengibarkan bendera yang mereka dakwa akan menggantikan Jalur Gemilang dan menghina Perdana Menteri dengan memijak gambarnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa yang sama, siasatan juga akan dilakukan berhubung insiden bas yang dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program jelajah merdekanya disimbah cat dan dibaling batu di sini pagi ini.

Beliau berkata, insiden yang berlaku di Dataran Merdeka dan Kota Bharu pagi ini tidak ada bezanya kerana dilakukan oleh mereka yang melampau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment