My Add

Friday 7 September 2012

Ammar minta maaf kepada PM, 'saya tak dibayar sesiapa'


*AMMAR pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian

KAMARUL HALIM M KAMAL
BATU PAHAT, JUMAAT, 07 September, 2012: Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri pada malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini.

Ammar juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment