My Add

Tuesday 18 September 2012

Anwar selaku Ketua Wanita perlu selamatkan aib Shamsidar

KUALA LUMPUR,ISNIN, 17 September, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik diri sendiri sebagai Ketua Wanita pakatan pembangkang sepatutnya menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassinberkata, justeru amat bertepatan untuk Ketua Pembangkang itu mengadakan sidang akhbar berhubung dakwaan skandal seks beliau bersama Shamsidar Taharin kerana isu tersebut telah melibatkan aib ahli wanitanya.

''Anwar dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera menyangkal dakwaan S. Nallakaruppan itu. Perkara itu mesti dilakukan di hadapan Shamsidar dan suaminya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

''Semua kaum wanita di Malaysia mahu melihat sidang akhbar bersama Wan Azizah dan Shamsidar. Anwar perlu selesaikan masalah dan hal ehwal wanita dalam rumahnya dan rumah Azmin sebelum mahu jaga hal ehwal wanita di luar bandar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar mengadakan sidang akhbar bersama Shamsidar dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menyangkal dakwaan skandal seks seperti didakwa bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan.

SD Johari juga mencadangkan agar Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrul Amin Bahron dilantik sebagai ahli jawatankuasa kaunseling Wanita kepada Anwar.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Ruslan Kasim yakin Anwar berasa bimbang akan ada banyak lagi perkara berkaitan dirinya terdedah jika sidang akhbar diadakan.

''Anwar itu memang pakar menyusun strategi. Jadi rakyat harus faham ini semua taktik beliau. Rakyat sepatutnya sudah boleh berfikir kenapa dalam banyak perkara lain dia sepantas kilat akan mengambil tindakan tetapi apabila isu mengaitkan dirinya terus diam dan kelu lidah.

''Dia memang akan terus berdiam diri dengan harapan isu ini akan terus lenyap sehingga rakyat lupa. Tetapi saya yakin kebenaran akan terserlah jua,'' katanya.

No comments:

Post a Comment