MOHD ZAILANI ABDUL RAHMAN
KOTA BHARU, SABTU, O1 September, 2012: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.
Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.
Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.
Siri jelajahnya akan diteruskan ke Tanah Merah sebelum memasuki perjalanan ke Perak.
*Cermin depan bas PKR pecah dan disimbah dengan cat merah. - Foto Sinar Harian
Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah
Anwar berada di sini sempena ceramah anjuran parti tersebut.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.
"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini berharap berkuasa mengambil tindakan tegas," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan.
Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment