My Add

Saturday, 1 September 2012

Nik Aziz malu insiden bas berlaku di Kelantan



*NIK Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau keadaan bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat. - Foto oleh Rizal Tahir


MOHD ZAILANI ABD RAHMAN 
KOTA BHARU, SABTU, 01 September, 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa terhadap serangan ke atas bas sempena siriJelajah Merdeka RakyatDatuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh kumpulan yang tidak tahu erti dosa dan pahala.

“Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,”kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Pas Kota Bharu di sini, pagi ini.

Terdahulu Nik Aziz melawat tempat kejadian di perkarangan Siti Khadijah Kota Bharu.

Semalam, Nik Aziz bersama Anwar menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah untuk mengadakan ceramah isu-isu semasa. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment