My Add

Tuesday 11 September 2012

Asrama MRSM Kuala Kubu terbakar

Oleh AZRAI MOHAMMAD
HULU SELANGOR, ISNIN, 10 September, 2012: Kira-kira 300 pelajar yang mendiami asrama lelaki Blok K, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu di sini gempar apabila sebahagian bumbung di tingkat dua bangunan itu terbakar malam tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 9.35 malam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Seramai 17 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bumbung di tingkat dua asrama itu," katanya di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, kesemua pelajar terlibat diarahkan untuk menghuni di surau sekolah itu sebagai penempatan sementara.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment