My Add

Saturday 22 September 2012

Bajet 2013 mesra rakyat, beri kesenangan

ALOR SETAR, SABTU, 22 September, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjangkakan Bajet 2013 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September ini bersifat 'mesra rakyat'.

Beliau berkata, perancangan dan langkah-langkah yang terkandung dalam bajet itu dijangka memberi kesenangan dalam kehidupan setiap lapisan masyarakat serta membantu mengurangkan beban rakyat.

“Saya fikir bajet ini mestilah bajet yang senang untuk rakyat, yang boleh membantu rakyat, tidak menjadi beban kepada rakyat.

“Saya tidak tahu apa isi kandungannya tapi saya ingat, memandangkan pilihan raya tidak lama lagi, jadi ia adalah `friendly’ bajet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Transformasi Ekonomi Negara: Peluang Keusahawanan Wanita Komuniti Cina di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment