My Add

Monday 17 September 2012

Bajet perlu utamakan ICT

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012: Trend Micro Inc., syarikat keselamatan teknologi maklumat, berharap Bajet 2013 yang akan diumumkan nanti akan mengandungi pendekatan holistik bagi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan memberikan penekanan yang lebih besar kepada keselamatan siber.

Syarikat itu dalam kenyataan akhbar berkata, langkah itu sejajar dengan program Digital Malaysia (DM) yang bakal menjana pelaburan bernilai RM31.1 bilion dan mewujudkan 160,000 pekerjaan menjelang 2020.

"Dalam usaha kita untuk merealisasikan DM dengan jayanya, meningkatkan tahap keselamatan siber seharusnya menjadi keutamaan teratas dalam agenda negara.

"Melalui ini, keyakinan pelabur akan meningkat, sekali gus menghasilkan lebih banyak pelaburan yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan untuk menjadi sebuah ekonomi digital yang maju menjelang 2020," kata Pengarah Urusan Trend Micro Asia Tenggara, Goh Chee Hoh.

Katanya, keupayaan bajet kali ini akan mengubah ekosistem sekarang dan memastikan Malaysia berdaya saing di peringkat global pada masa akan datang.

Trend Micro juga berharap kerajaan terus berusaha memacu penerimaan pakai pengkomputeran awan (cloud computing) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pengupayaan Pengkomputeran Cloud Malaysia MSC.

Syarikat itu percaya program insentif itu yang membantu mengurangkan kos awal pelaksanaan penyelesaian berasaskan awan, akan meningkatkan kadar penerimaan pakai pengkomputeran awan dalam kalangan PKS, terutamanya dalam kalangan pengguna ICT hari ini.

Syarikat itu juga berharap kerajaan akan mengadakan insentif cukai bagi syarikat-syarikat yang menggunakan penyelesaian berasaskan awan serta memasukkan keselamatan Internet bagi Kanak-kanak dan keluarga. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment