My Add

Monday 17 September 2012

Kaji kadar cukai individu

KUALA LUMPUR, AHAD, 16 September, 2012: Kerajaan disaran untuk mengkaji semula kadar cukai individu dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Pengarah Eksekutif, KPMG Tax Services Sdn. Bhd., Stefanie Low Geok Ping berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pengurangan kadar cukai efektif individu agar mendorong kemasukan pakar ke negara ini dan juga menyekat aliran keluar bakat ke luar negara.

Jelasnya, cukai pemastautin di negara ini yang memperoleh pendapatan bercukai melebihi RM100,000 agak tinggi iaitu mencecah 26 peratus .

"Jika individu ini mempunyai pendapatan bercukai RM150,000, dia akan membayar cukai pendapatan sebanyak RM27, 325 (kadar cukai 18.22 peratus).

"Kadar cukai efektif akan dikurangkan kepada 15 peratus, jika individu yang layak di bawah Program Pakar Kembali diuruskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment