My Add

Tuesday 18 September 2012

Banduan lari selepas kereta polis kemalangan

KUANTAN, SELASA, 18 September, 2012: Seorang penjenayah lelaki yang baru dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan dadah bertindak nekad melarikan diri selepas kereta polis yang membawanya ke Penjara Penor di sini terlibat dalam kemalangan hari ini.

Banduan itu, Ruslan Ismail, 32, bertindak agresif menendang kerusi pemandu kereta polis yang dinaikinya sehingga mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan merempuh sebuah lori rosak di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dekat Taman Datuk Rashid di sini.

Kejadian berlaku pukul 11.45 pagi ketika banduan terbabit yang tangannya digari dan memakai baju tahanan lokap polis warna oren dibawa oleh tiga anggota polis menaiki sebuah kereta dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Berang, Terengganu untuk dibawa ke Penjara Penor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment