My Add

Monday 17 September 2012

Barangan seludup bernilai RM4.1 juta dirampas

RANTAU PANJANG, AHAD. 16 September, 2012: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai lebih RM4.1 juta sepanjang tempoh sebulan 'Ops Wawasan' diadakan di sempadan Malaysia-Thailand.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Azizan Abu Taat berkata, rampasan tersebut merupakan yang tertinggi dicatatkan untuk tahun ini.

Beliau berkata, antara barangan yang dirampas dalam operasi berkenaan adalah beras, minyak petrol, barang kawalan, beras, ayam serta ikan hiasan.

"Rampasan tertinggi melibatkan 501 ekor lembu yang diseludup dari Thailand bernilai RM2 juta diikuti dengan barangan melibatkan cukai seperti kain tudung, kain batik dan sebagainya berjumlah RM1.5 juta.

"Pihak kami turut menumpaskan penyeludupan dadah bernilai RM47,962.50. Selain itu, PGA turut merampas sejumlah 400 pucuk replika senjata api dari jenis 'Glock' bernilai RM12,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment