My Add

Monday 17 September 2012

Polis siasat kes ahli politik lepaskan tembakan

SEREMBAN, AHAD, 16 September, 2012: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik yang melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di Rasah Kemayan di sini kelmarin.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik berkenaan kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh memberitahu, kedua-dua individu iaitu ahli politik dan lelaki berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Polis telah menyiasat kejadian ini dan kita jangkakan siasatan kes ini akan selesai tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku apabila ahli politik bergelar datuk itu baru pulang ke rumahnya dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berada di rumahnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment