My Add

Thursday 6 September 2012

Bayi 17 hari maut tersedak susu botol

GEORGETOWN, KHAMIS, 06 September, 2012:: Seorang bayi lelaki berusia 17 hari mati dipercayai tersedak susu di rumahnya di Desa Indah, Relau di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi apabila ibunya mendapati anaknya, Ng Kian Weng menjadi pucat dan tidak bergerak selepas diberi minum susu botol.
Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan perkara itu dan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan tersedak susu di saluran pernafasannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment