My Add

Sunday 16 September 2012

Bekas tentera lemas terjatuh dalam laut ketika memancing

ALOR SETAR, AHAD, 16 September, 2012: Seorang bekas anggota tentera ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika memancing bersama dua rakannya berdekatan Pulau Bunting, Yan, pagi tadi.

Mayat Muhamad Zaharudin Osman, 28, berjaya dibawa keluar oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Penyelamat pada jam 12.40 tengah hari, kira-kira 13 batu nautika dari tempat beliau dilaporkan terjatuh dari bot di perairan Yan, awal pagi ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Setar, Mohd Ridzwan Nut Jamudin berkata, polis marin yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan memaklumkan terjumpa mayat terapung di kawasan itu.

Sebelum itu, katanya, pihaknya melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa selepas menerima laporan daripada rakan mangsa pada jam 10 pagi tadi.

Menurutnya mangsa, yang bekerja sebagai peniaga ikan di Yan, bersama dua rakannya keluar memancing di perairan Yan pada jam 3 petang Khamis lalu.

Mohd Ridzwan berkata, gerakan mencari dan menyelamat itu turut disertai oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, nelayan tempatan dan sebuah bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Mayat bekas tentera itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk dibedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment