My Add

Sunday 16 September 2012

Tolak budaya songsang pembangkang: TPM

KLUANG, AHAD, 16 September, 2012: Rakyat diingatkan supaya menolak budaya songsang yang dibawa oleh pembangkang kerana ia bertentangan dengan amalan kehidupan rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan peringatan itu berkata, jika budaya songsang terbabit diterima, ia akan menghancurkan segala yang sudah dicapai oleh negara ini dan rakyatnya.

"Kita perlu menentang pihak-pihak yang cuba membawa budaya songsang ke negara ini yang tidak secocok dan berbeza dengan amalan-amalan rakyat negara ini. Budaya songsang ini akan menghancurkan negara, kita perlu menolak mereka," katanya.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata demikian dalam ucapannya di hadapan kira-kira 20,000 hadirin pada majlis Merdeka Raya anjuran Wanita UMNO Johor dan pertubuhan bukan kerajaan Johor di padang awam Kampung Melayu di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta rakyat berwaspada dengan tindakan pembangkang yang ketika ini bergerak ke merata tempat dalam negara menggunakan bas untuk berkempen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment