SELASA, 04 September, 2012:
MARI kita sama-sama renungi pandangan CHEREDZA dari Sik, Kedah ini yang tersiar dalam ruangan forum akhbar Utusan Malaysia, Selasa, 04 September, 2012, berkisar tentang budaya moral yang semakin rosak sekarang.
Nukilan ini wajar dihayati, terutama bagi mereka yang terlepas pandang atau kurang gemar membaca kandungan yang tersiar dalam akhabr tersebut.
CHEREDZA men

ulis..majoriti rakyat jelata amat sedih dan kesal dengan perbuatan biadab beberapa individu memijak gambar Perdana Menteri dan mengibarkan bendera ala bendera Singapura pada malam sambutan kemerdekaan negara ini, baru-baru ini.
Pihak yang melakukan perbuatan biadab dan terkutuk itu kini diburu oleh pihak keselamatan demi memelihara kedaulatan dan maruah rakyat negara ini.
Perbuatan tersebut menunjukkan bahawa ada segelintir rakyat negara ini yang tidak tahu bersyukur. Mereka berbuat demikian tanpa memikirkan kesannya yang sangat buruk. Mereka barangkali fikir kerajaan Malaysia takut terhadap mereka.
Kerajaan Malaysia amat komited memelihara negara ini daripada pelbagai ancaman. Kerajaan kerap bertolak ansur demi memelihara sistem demokrasi agar berjalan lancar. Tetapi nampaknya, ada puak seperti tidak suka cara demokrasi. Mereka lebih suka cara pijak gambar, tayang punggung, tukar bendera, rusuhan dan sebagainya.
Pada pendapat saya, cara puak itu sebenarnya menjurus kepada suasana budaya bermoral rendah. Sedangkan kerajaan menjunjung budaya moral yang tinggi.
Nampaknya tidak keterlaluan saya katakan, rakyat Malaysia kini berdepan dengan pertembungan budaya moral rendah dari pakatan pembangkang dengan budaya moral tinggi dari pihak kerajaan.
Saya juga berpendapat, tindakan mereka mengibarkan bendera ala bendera Singapura tersebut menunjukkan bahawa mereka sudah ketinggalan zaman.
Saya berharap, mereka yang terlibat insaf dan kembali semula ke pangkal jalan dengan menolak pemimpin yang bernafsu serakah, yang tidak dapat membezakan antara kepentingan negara dengan kepentingan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment