My Add

Tuesday 4 September 2012

Mana kesopanan dan kesusilaan?

Polis menyiarkan 11 keping gambar individu yang terlibat dalam Himpunan Janji Bersih
*LIHAT betapa liar dan biadap peserta perhimpunan  memijak gambar pemimpin negara,  di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu. - Fotot PDRM. 

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Tindakan biadab peserta Himpunan Janji Bersih memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan perbuatan yang mencabul prinsip Rukun Negara.

Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia jelas bertentangan dengan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan yang bertujuan membentuk warga negara bersopan santun dan bertatasusila.

"Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membina perpaduan yang kukuh. Prinsip yang terkandung di dalamnya merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan serta kestabilan negara.

"Gelagat peserta Himpunan Janji Bersih itu bukan sahaja membelakangi Rukun Negara, malah memperlihatkan sikap mereka tidak prihatin akan budaya rakyat Malaysia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan biadab peserta tersebut yang memijak gambar Najib dan Rosmah ketika sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu.

Pada masa sama, Lam Thye mengingatkan generasi muda supaya menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghindarkan mereka daripada perbuatan yang boleh mencemarkan nama dan imej negara.

No comments:

Post a Comment