My Add

Saturday 8 September 2012

Ciri keselamatan MyKad terancam?

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 September, 2012: Sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab mengeluarkan MyKad kini disiasat kerana disyaki menggunakan sistem data yang tidak menepati spesifikasi sehingga menyebabkan kerajaan bakal menanggung kerugian RM300 juta dalam tempoh lima tahun.

Syarikat itu yang diberi tender untuk mengeluarkan MyKad mulai tahun ini dipercayai hanya mampu menyediakan lima daripada lapan aplikasi ciri-ciri keselamatan dalam kad pintar dan pasport rakyat Malaysia.

Menurut sumber, kualiti MyKad dan pasport yang dikeluarkan syarikat berkenaan amat rendah dan boleh memudahkan sindiket pemalsuan dokumen mengambil peluang tersebut menghasilkan dokumen perjalanan dan pengenalan diri palsu.

Katanya, syarikat berkenaan yang dikatakan tidak memiliki kepakaran dan pengalaman dalam industri dokumen pengenalan diri (e-id) dan e-pasport turut dikesan gagal mengeluarkan dua jenis dokumen itu dalam tempoh ditetapkan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment