My Add

Saturday 8 September 2012

Malaysia mahu WTO bendung sekatan perdagangan

Oleh Gamal Nasir Mohd. Ali
VLADIVOSTOK, Rusia, JUMAAT, 07 September, 2012: Malaysia mahu Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) menyekat kecenderungan sesetengah negara untuk mewujudkan halangan atau sekatan dalam perdagangan, yang akhirnya akan menjejaskan perkembangan ekonomi dunia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia amat memandang serius kecenderungan untuk mewujudkan halangan yang akan menyekat perdagangan, dan ini tentunya akan menjejaskan perkembangan ekonomi dunia.

“Sehubungan itu, Malaysia mencadangkan kepada WTO agar pemantauan dibuat bagi bendung kecenderungan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Ketua Pengarah WTO, Rufus Yerxa di sini hari ini.

Selain Yerxa, Mustapa turut mengadakan pertemuan bilateral dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa Kanada, Ed Fast. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment